Parti Radikal Berhaluan Kiri Menang Pilihan Raya Greece

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 3:19 PM

Alexis Tsipras...Bakal perdana menteri baru Greece iaitu yang termuda dalam tempoh 150 tahun.

(Ubah saiz teks)

ATHENS: Kesatuan Eropah (EU) menerima kejutan tahun baru yang paling besar apabila rakyat Greece mengundi untuk meletakkan parti radikal berhaluan kiri - Syriza - sebagai kerajaan baru.

Ini sekaligus meletakkan EU dan institusi kewangan dunia berada dalam situasi cemas dan gelisah.

Parti Syriza dipimpin oleh seorang ahli politik muda berfahaman komunis bernama Alexis Tsipras yang hanya berusia 40 tahun.

Mereka berjaya merampas 149 daripada 300 kerusi parlimen Greek, hanya kurang dua kerusi untuk memperolehi majoriti penuh.

Parti yang membentuk kerajaan terdahulu pimpinan Perdana Menteri, Antonis Samaras iaitu Parti Demokrasi Baru tewas teruk dengan hanya menduduki 76 kerusi sahaja.

Syriza kini bakal mencatat sejarah sebagai parti radikal berhaluan kiri yang pertama muncul dalam Eropah moden dan Tsipras akan turut mencatat sejarah sebagai perdana menteri Greek yang termuda dalam tempoh 150 tahun.

“Greece akan meninggalkan era malapetaka yang serius,” ujarnya dalam ucapan kepada ribuan penyokong parti itu pada Ahad.

Tsipras juga berjanji kepada rakyat Greece yang kerajaan barunya nanti akan berunding semula dengan EU dan IMF berhubung terma-terma pinjaman berjumlah Euro240 bilion untuk membawa negara itu keluar dari kebankrapan tahun lalu.

Untuk rekod, Tsipras adalah bekas pemimpin sayap muda komunis Greece.

Antara janji-janji manifesto Tsipras ketika kempen pilihan raya ialah untuk menaikkan had gaji minimum dan juga menaikkan pencen untuk warga miskin negara itu.

Pilihan raya parlimen Greece yang berlangsung Ahad adalah yang keempat dalam tempoh lima tahun.

Dalam tempoh tersebut, Greece telah jatuh bankrap dan kadar pengangguran meningkat kepada 25 peratus.

Samaras dalam ucapan menyerah kalahnya berkata;  “Saya dengan ini menyerahkan negara ini iaitu yang merupakan sebahagian daripada EU dan Euro kepada kerajaan baru. Demi masa depan negara ini, saya cuma berharap kerajaan baru nanti akan dapat meneruskan apa yang telah kita lakukan untuk membawa negara kita keluar daripada kebankrapan."

Apa yang mengejutkan ialah bukan sahaja Syriza memperolehi kemenangan besar tetapi pada masa yang sama, parti neo-nazi, iaitu Parti Fajar Emas mampu memperolehi sehingga 17 kerusi parlimen.

Tags / Kata Kunci: Syriza , Alexis Tsipras , Antonis Samaras , Greece , Greek

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan