Paulina Vega Dari Colombia Bergelar Miss Universe 2014

Diterbitkan: Isnin, 26 Januari 2015 3:41 PM

Ratu Universe yang baru...Paulina Vega dari Colombia.

(Ubah saiz teks)

DORAL (Amerika Syarikat): Ratu Colombia, Paulina Vega telah dimahkotakan sebagai Ratu Universe yang baru pada Ahad menewaskan empat peserta pusingan akhir dari Amerika, Ukraine, Jamaica dan Belanda yang berlangsung di Florida.

Model berusia 22 tahun itu yang juga pelajar bidang perniagaan menewaskan 87 peserta yang lain dari seluruh dunia.

Dia adalah warga Colombia yang kedua untuk dimahkotakan sebagai Ratu Universe.

Ratu Universe yang pertama dari Colombia ialah Luz Marina Zuluaga yang memenanginya pada 1958.

Vega menerima mahkota kemenangannya daripada Ratu Universe 2013,  Gabriela Isler dari Venezuela.

Naib juara jatuh kepada Nia Sanchez dari Amerika Syarikat.

Dengan ketinggian lima kaki sembilan inci (180 sentimeter) model dari Barranquilla adalah cucu kepada tenor legenda Gaston Vega.

Pertandingan tersebut yang dimiliki oleh jutawan Donald Trump, disaksikan secara langsung oleh 600 juta penonton dari seluruh dunia.

Acara tahunan dunia itu turut mendapat tajaan sebanyak AS$2.5 juta daripada Majlis Perbandaran Doral dalam usaha untuk mempromosikan bandar berhampiran Miami itu kepada dunia luar.

Ia mendapat kritikan daripada sesetengah pihak yang mempersoalkan apakah Doral benar-benar bernilai sebanyak itu untuk diketengahkan.


iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan