Michelle Obama Bakal Terima 100 Sari Dalam Lawatan Ke India

Diterbitkan: Ahad, 25 Januari 2015 4:43 PM

Barack Obama (kiri) dan Michelle Obama (kanan) bersama Perdana Menteri India, melambaikan tangan sewaktu ketibaan mereka di lapangan terbang Palam, New Delhi di India pada Ahad. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

NEW DELHI: Sekumpulan penenun di India merancang untuk memberikan 100 kain sari sutera tenunan tangan kepada Wanita Pertama Amerika Syarikat (AS), Michelle Obama dalam lawatan beliau ke New Delhi bersama suami, kata seorang ahli perniagaan pada Ahad.

Beberapa penenun menghabiskan masa berbulan-bulan untuk menyiapkan semua kain itu dengan teliti. Mereka turut berharap dapat mempromosikan industri yang telah berusia berabad lama di bandar Varanasi di India, ketika mereka berhadapan persaingan dengan perniagaan yang kini mengeluarkan sari secara besar-besaran dan harga yang ditawarkan lebih murah.

"Kita telah menggunakan benang emas dan perak tulen untuk kain sari yang disediakan buat Michelle," kata Pervez Martin, yang terlibat dalam perniagaan tenunan diusahakan keluarganya selama tiga generasi.

Matin menghasilkan kain sari warna krim yang kebiasaannya berharga AS$2,400, merupakan antara 100 penenun Varanasi yang dirancang untuk dihantar kepada Wanita Pertama AS itu yang tiba bersama Presiden AS, Barack Obama pada Ahad untuk kunjungan selama tiga hari di negara itu.

Wanita Pertama AS itu melangkar keluar dari pesawat Air Force One sebaik sahaja tiba di India pada Ahad dengan berpakaianan warna biru, hitam dan putih, yang dihasilkan oleh pereka fesyen berketurunan India-Amerika, Bibhu Mohapatra.

"Kami mengetahui Wanita Pertama begitu menyukai fabrik tenunan tangan kami. Oleh itu, kami akan menghantar kesemua sari yang telah disiapkan itu kepadanya dan beliau boleh memilih mana yang disukai," kata Matin. - AFP

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan