Lawatan Obama: 600 Tukang Cuci Bersihkan Taj Mahal, Agra

Diterbitkan: Sabtu, 24 Januari 2015 6:45 PM

(Ubah saiz teks)

AGRA: Kerajaan India menggaji 600 tukang cuci untuk memastikan keseluruhan bandar ini dalam keadaan bersih menjelang lawatan Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama , Selasa ini.

Bersama Wanita Pertama AS, Michelle Obama, pasangan itu akan menjejakkan kaki ke istana cinta terkenal yang juga antara keajaiban dunia, Taj Mahal.

Hanya beberapa hari sahaja lagi menjelang kedatangan Obama, pekerja bertungkus lumus membersihkan kawasan di sekitar bandar ini, termasuk sekitar kawasan Taj Mahal.

Dengan bayaran 300 rupee (RM17.56) sehari, mereka ditugaskan untuk memberi wajah baharu kepada bandar itu.

Selain mencuci jalan raya, dan kolam, pihak berkuasa juga memberi tumpuan kepada anjing terbiar, memastikan tiada lembu berkeliaran di jalanan dengan mengarahkan semua pemilik haiwan itu supaya memastikan ia tidak dilepaskan.

"Banyak kesan air liur dan ia perlu dibersihkan kerana semua laluan perlu kelihatan kemas," kata bekas ketua arkeologi India, KK Mohammed yang akan mengiringi pasangan Obama itu nanti.

Persiapan itu bermula selepas Modi melancarkan kempen pembersihan Oktober lalu dalam usaha untuk memastikan Obama melihat India dalam keadaan yang paling baik.

Di ibu negara, Delhi pula, pekerj mengecat bangunan dan gerbang bagi menyambut kedatangan Obama dengan mengadakan perarakan ketenteraan pada Isnin.

Lawatan kali pertama Obama itu turut mendapat liputan media seluruh dunia.

Pada masa sama, 3,000 anggota polis ditugaskan sepanjang tempoh lawatan itu, termasuk melakukan rondaan bot di sungai, kata Senior Superintendan Agra, Rajesh Modak.


Tags / Kata Kunci: Taj Mahal , Obama , Modi , Agra

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan