Raja Arab Saudi Mangkat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 8:50 AM

(Ubah saiz teks)

RIYADH: Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz mangkat, demikian lapor stesen rasmi Arab Saudi pada awal pagi Jumaat.

Baginda berusia 90 tahun.

Menurut kenyataan rasmi, kedudukan baginda kini digantikan adiknya, Putera Mahkota Arab Saudi, Salman Abdulaziz.

Sementara itu takhta Putera Mahkota kini menjadi milik Putera Muqrin Abdulaziz.

Raja Abdullah dimasukkan ke hospital pada Disember lalu kerana penderitaan radang paru-paru dan baginda hanya bernafas menggunakan tiub.

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan