Jenazah Raja Abdullah Akan Dikebumi Selepas Solat Jumaat

Diterbitkan: Jumaat, 23 Januari 2015 6:25 PM

Jenazah Raja Abdullah akan dimakamkan selepas selesai Solat Jumaat.

(Ubah saiz teks)

RIYADH: Jenazah Raja Arab Saudi, Raja Abdullah Abdulaziz akan dikebumikan dalam makam tidak bertanda selepas solat Jumaat, hari ini.

Sementara itu, peralihan kuasa lancar di Arab Saudi menyaksikan takhta itu berpindah kepada adik tirinya, Raja Salman dan seorang lagi adik tirinya, Muqrin sebagai putera mahkota bagi menghapuskan kebimbangan serta kegawatan serantau.

Jenazah Raja Abdullah akan dikapan dengan kain putih, dibawa menggunakan pengusung ke dalam ambulans oleh saudara mara seterusnya di bawa ke masjid untuk disembahyangkan sebelum ke di bawa ke tanah perkuburan untuk dimakam dalam kubur tidak bertanda.

Solat jenazah akan diketuai Raja Salman dan dihadiri ketua negara Islam dan diplomat kanan termasuk Presiden Mesir, Abdel Fatteh al-Sisi. 

Golongan kenamaan bukan Islam turut memberikan penghormatan terakhir kepada Raja Abdullah melakukan kunjungan hormat ke atas putera mahkota yang baharu dilantik. 

Selepas solat Maghrib hari ini, Raja Salman dan Putera Mahkota Muqrin akan mengangkat ikrar taat setia dihadapan anggota keluarga pemerintah, ulama Wahabi, ketua puak, ahli perniagaan utama dan orang penting di  Arab Saudi. 

Mengikut ajaran fahaman Wahabi, pengikutnya dilarang menunjukkan perasaan sedih secara berlebihan, sekaligus menyaksikan tiada tempoh rasmi berkabung dan bendera negara turut dikibarkan secara penuh. 

Tags / Kata Kunci: Raja Abdullah , Arab Saudi , mangkat

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan