K'jaan Baru Sri Lanka Janji Kesan Berbilion Wang Negara Yang Lesap

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 9:03 PM

(Ubah saiz teks)

COLOMBO: Kerajaan baru Sri Lanka, berjanji akan menjejaki dan membawa pulang semula berbilion dolar wang milik negara yang dilesapkan pada era pemerintahan bekas presiden Mahinda Rajapakse.

Para pakar forensik kewangan daripada Tabung Kewangan Dunia (IMF), Bank Pusat India, dan Bank Dunia telah bersetuju untuk membantu.

Bekas presiden Mahinda Rajapakse dan anggota keluarganya dituduh melesapkan berbilion dolar wang milik negara secara senyap sepanjang pemerintahannya selama lebih sepuluh tahun.

Rajapakse tewas dalam pilihan raya yang diadakan awal bulan ini.

Kabinet baru yang bersidang pada Rabu memutuskan untuk menjejaki wang negara yang lesap itu selepas tiga badan kewangan berkenaan bersetuju untuk menyalurkan tenaga pakar dan bantuan.

Menteri Kesihatan dan jurucakap kabinet, Rajitha Senaratne berkata, berbilion dolar wang negara telah didapati lesap dan dibawa ke luar negara.

"Kami kini sedang mengambil langkah untuk menjejaki kesemua wang negara yang lesap itu semula dengan bantuan pakar antarabangsa dan berazam untuk membawanya pulang ke pangkuan perbendaharaan negara," katanya.

Sebagai langkah permulaan, Agensi Anti-Rasuah Negara telah membekukan dokumen perjalanan ke atas bekas gabenor Bank Negara Sri Lanka, Nivard Cabraal dan bekas pegawai khas Rajapakse, Sajin Vass Gunawardena.

Sementara itu, Menteri Tenaga, Champika Ranawaka pula berkata, satu kajian awal yang dijalankan oleh sebuah universiti tempatan mendapati, kos untuk membina jalan baru di Sri Lanka pada 2013 mencecah Rupee 200 bilion (AS$1.53 bilion).

Rajapakse adalah juga menteri yang bertanggungjawab ke atas pembinaan lebuh raya.

Ranawaka mendakwa Rajapakse dan anggota keluarganya sekurang-kurangnya telah melesapkan Rupee 700 bilion (AS$5.38 bilion) sepanjang pemerintahannya.

Kerajaan baru di bawah pemerintahan Presiden Maithripala Sirisena berjaya menewaskan Rajapakse dengan manifesto untuk menyiasat segala bentuk penyelewengan dan penyalahgunaan kuasa sepanjang pemerintahan  Rajapakse.

Selain menyandang jawatan presiden, Rajapakse juga adalah menteri kewangan, menteri lebuh raya dan pelabuhan.

Ahli keluarganya juga telah dilantik dan ditempatkan di beberapa jawatan dan jabatan yang strategik.


Dalam mesyuarat kabinet yang pertama itu, kerajaan Sri Lanka turut mengumumkan penurunan harga minyak sebanyak 20 peratus.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan