1,215 Badak Sumbu Dibunuh Di Afrika Selatan Tahun Lalu

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 8:19 PM

(Ubah saiz teks)

PRETORIA: Jumlah badak sumbu Afrika Selatan yang dibunuh secara haram tahun lalu meningkat kepada 1,215 ekor iaitu rekod yang paling tinggi yang pernah dicatatkan oleh negara itu.

Angka itu menunjukkan peningkat kepada 21 peratus berbanding tahun 2013.

Pada tahun 2013, sejumlah 1,004 ekor badak sumbu telah dibunuh oleh pemburu haram.

Menteri Alam Sekitar Afrika Selatan, Edna Molewa berkata, jumlah yang semakin meningkat itu adalah satu petanda yang membimbangkan lebih-lebih apabila diambil kira jenayah itu berlaku di dalam kawasan Taman Negara Kruger yang popular dan dikenali di seluruh dunia.

"Kami dapati lebih dua pertiga badak sumbu ini ditangkap dan dibunuh untuk mendapatkan sumbunya di dalam Taman Negara Kruger," kata Molewa kepada para wartawan pada Khamis.

Menurutnya lagi, sebagai langkah berjaga-jaga, pihak berkuasa taman negara berkenaan telah berjaya memindahkan lebih 100 ekor badak sumbu ke kawasan yang lebih selamat.

Jelas Molewa, mereka juga terpaksa mendapatkan kerjasama daripada beberapa negara jiran untuk menempatkan badak sumbu ini di negara berkenaan.

Afrika mempunya dua jenis badak sumbu - hitam dan putih.

Kebanyakan badak sumbu Afrika Selatan adalah dari spesies badak sumbu putih. 


Tags / Kata Kunci: Badak sumbu putih , Afrika Selatan , Pretoria

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan