Kumpulan Air France-KLM Rancang Buang 800 Kakitangan Lagi

Diterbitkan: Khamis, 22 Januari 2015 11:03 PM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Kumpulan Air France-KLM secara rasminya memaklumkan kepada para pemimpin kesatuan sekerja pada Khamis bahawa mereka akan membuang lebih ramai pekerja dengan menawarkan pakej pemberhentian kepada sekurang-kurangnya 800 kakitangan lapangan dan juga kabin.

Dalam tempoh tiga tahun ini, Air France-KLM telah pun membuang 8,000 kakitangan tetapi masih lagi menanggung kerugian yang besar.

Bagaimanapun pihak kesatuan menganggarkan 500 kakitangan lapangan dan 300 pramugara serta pramugari akan terlibat dengan eksesais terbaru ini.

Kumpulan Air France-KLM yang menanggung kerugian sehingga Euro1.8 bilion pada 2013, belum pernah mencatat keuntungan sejak 2010.

Air France dan rangkaian subsidiari di bawahnya menggaji sehingga 65,000 pekerja.

Pertemuan untuk membincangkan langkah penjimatan terbaru ini akan berlangsung di antara pihak kesatuan dengan pengurusan pada 5 Februari ini.

Mogok yang dilancarkan oleh juruterbang Air France tahun lalu telah menyebabkan syarikat penerbangan Perancis itu mengalami kerugian sebanyak Euro 400 juta.

Pihak syarikat mensasarkan untuk mengurangkan hutang sehingga Euro 4.5 bilion menjelang hujung 2015 daripada Euro 6.5 bilion yang mereka tanggung sejak 2012.

Tags / Kata Kunci: Air France-KLM

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan