IS Siar Video Dikatakan Tebusan Rakyat Jepun

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 4:29 PM

(Ubah saiz teks)

DUBAI: Kumpulan negara Islam (IS) dengan anggota bersenjata yang memegang wilayah di Iraq dan Syria, pada Selasa menyiarkan video dalam talian yang dikatakan sebagai dua tebusan rakyat Jepun dan menuntut $200 juta daripada kerajaan Jepun jika mahu nyawa mereka diselamatkan.

Video tersebut memaparkan seorang lelaki berpakaian hitam sedang mengacukan pisau berdiri di kawasan padang pasir bersama-sama dengan dua lelaki berpakaian oren yang sedang melutut, sambil berkata rakyat Jepun mempunyai 72 jam untuk memberi tekanan kepada kerajaan mereka untuk menghentikan tindakan bodoh memberi sokongan kepada pakatan yang diketuai Amerika Syarikat (AS) melancarkan kempen ketenteraan menentang Negara Islam.

"Jika tidak pisau ini akan menjadi mimpi ngeri anda," kata lelaki berpakaian hitam itu dalam bahasa Inggeris.

Dia menuntut '200 juta' tanpa menentukan mata wang, tetapi ia dipercayai mata wang dolar Amerika.

Di Tokyo, jurucakap Kementerian Luar Jepun berkata: "Kami menyedari tentang laporan itu. Pada masa ini tiada apa yang boleh dikatakan."

Dalam rangka lawatan ke Kaherah pada 17 Januari, Perdana Menteri Jepun Shinzo Abe berikrar untuk memberikan kira-kira $200 juta bantuan bukan ketenteraan bagi negara-negara yang berjuang menentang Negara Islam.
Tags / Kata Kunci: IS , tebusan Jepun

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan