Pemimpin Chechen Sertai Beribu Protes Kartun Charlie Hebdo

Diterbitkan: Selasa, 20 Januari 2015 3:45 PM

Perhimpunan dan perarakan besar-besaran di hadapan Masjid Kristal Grozny di wilayah Chechnya, Rusia pada Isnin, 19 Januari 2014 membantah penyiaran kartun yang dikatakan Nabi Muhammad oleh akhbar mingguan kontroversi Perancis, Charlie Hebdo.

(Ubah saiz teks)

GROZNY: Wilayah Chechnya yang lebih diingati sebagai wilayah yang bergolak dengan peperangan dan pemberontakan pada Isnin muncul dengan perarakan dan perhimpunan aman oleh beribu warganya yang beragama Islam memprotes penerbitan karikatur yang didakwa sebagai imej Nabi Muhammad oleh akhbar mingguan Charlie Hebdo yang terbaru.

Presiden Chechen, Ramzan Kadyrov yang mengetuai perarakan dan perhimpunan itu menyalahkan kakitangan Charlie Hebdo sebagai punca kepada tragedi yang mengorbankan 17 nyawa itu.

Beliau juga menyalahkan Kerajaan Perancis kerana mengalakkan kebebasan bersuara yang melampau tanpa memikirkan perasaan orang lain dan penganut Islam di seluruh dunia.

Malah Kadyrov turut menamakan Agensi Perisikan Pusat Amerika, CIA sebagai pihak yang bertanggungjawab mengalakkan kemunculan ekstremis di seluruh dunia.

Beribu orang membanjiri Dataran Masjid Kristal Grozny yang kini dikenali sebagai masjid terbesar di benua Eropah untuk membantah tindakan Charlie Hebdo meneruskan lakaran-lakaran provokasi ke atas umat Islam walaupun selepas ibu pejabat mereka diserang beberapa minggu lalu.

Chechnya yang terletak di Wilayah Utara Caucasus, adalah wilayah Rusia yang paling ramai dengan penduduk Islam.

Protes ini juga secara tidak langsung membuka peluang kepada dunia luar untuk melihat wajah Grozny yang suatu ketika dahulu musnah sama sekali akibat perang menuntut kemerdekaan.

Bagaimanapun sejak Kadyrov yang disokong oleh kerajaan pusat Rusia memimpin wilayah ini 10 tahun lalu, Grozny kelihatan seperti sudah kembali rancak dengan pembangunan termasuklah kewujudan masjid besarnya iaitu kini yang terbesar di benua Eropah.

Kelihatan juga beberapa buah menara pencakar langit yang baru yang sebelum ini tidak pernah wujud di bandar ini.

Kadyrov yang berucap di perhimpunan itu berkata, di sebalik kejadian itu, kerajaan Perancis telah menganjurkan perarakan yang seolah-olah menyokong apa yang dihasilkan oleh akhbar mingguan berkenaan.

Malah Kadyrov membuat dakwaan bahawa CIA adalah di sebalik pembentukan ekstremis Isis.

Turut menyertai perarakan itu bersama-sama penganut Islam Chechen yang lain ialah pemimpin-pemimpin Kristian Orthodoks Rusia.

Tags / Kata Kunci: Chechen , Chechnya , Grozny , Ramzan Kadyrov , Rusia , Caucasus

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan