Singapura Kaji Cadangan Malaysia Kenakan Bayaran Kenderaan Asing

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 10:23 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Singapura sedang mengkaji cadangan Malaysia untuk mengenakan bayaran permit masuk kenderaan (VEP) sebanyak RM20 terhadap kenderaan asing mulai pertengahan tahun ini dan menimbang melaksanakan langkah sejajar dengannya setelah memperoleh butiran terperinci mengenainya.

Menjawab satu soalan parlimen, Menteri Pengangkutan Lui Tuck Yew berkata bayaran VEP yang dikenakan republik ini bertujuan menyamakan kos memiliki dan menggunakan kenderaan berpendaftaran asing di Singapura dengan kenderaan yang didaftarkan di Singapura.

Sebaliknya, kata beliau, levi masuk yang dicadang dikenakan Malaysia nampaknya lebih mirip kepada tol yang dikenakan terhadap kenderaan berpendaftaran asing bagi tujuan mengutip hasil.

"Jika begitulah, kita akan menimbang mengambil langkah lebih kurang serupa setelah butiran tentang levi yang akan dikenakan itu disahkan, termasuk sama ada ia hanya dikenakan di sempadan Malaysia dengan Singapura, atau di semua sempadannya," kata Lui.

Beliau ditanya sama ada kementerian itu menimbang untuk menyelaraskan bayaran VEP terhadap kenderaan asing yang memasuki Singapura berikutan langkah Malaysia mengenakan bayaran VEP terhadap kenderaan Singapura yang memasuki Johor.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pengangkutan Malaysia, Datuk Abdul Aziz Kaprawi dilaporkan berkata butiran tentang pelaksanaan bayaran VEP terhadap kenderaan asing sedang disediakan dan apabila siap kelak, ia akan dikenakan di Tambak Johor dan Link Kedua.

Katanya kerajaan juga bercadang mengenakan bayaran serupa terhadap kenderaan dari Thailand dan Brunei.

Tags / Kata Kunci: Permit Masuk Kenderaan (VEP)

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan