Bekas Penasihat PM Britain Disyaki Rogol Gadis Bawah Umur

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 9:37 AM

Doug Richard.

(Ubah saiz teks)

SEORANG bekas penasihat kepada Perdana Menteri Britain David Cameron, Doug Richard, 56, ditahan kerana disyaki merogol seorang gadis berusia 13 tahun.

Richard telah disoal siasat oleh polis dan dibebaskan dengan ikat jamin sehingga Mac.

Usahawan teknologi bergelar jutawan itu bagaimanapun menafikan pertuduhan tersebut.

Beliau pernah bekerja dengan Cameron sejak 2007, menemaninya dalam lawatan rasmi ke Afrika pada 2011 selain terlibat dengan pentadbiran di Jabatan Perniagaan, Inovasi dan Kemahiran untuk mewujudkan sebuah sekolah.

Seorang jurucakap polis Metropolitan London mengesahkan penahanan Richard.

Richard yang juga bapa kepada dua orang anak sering mengeluarkan kenyataannya mengenai penahanan tersebut.

"Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan yang dilakukan terhadap saya. Namun tidak sesuai bagi saya untuk memberikan komen lebih lanjut kerana polis masih lagi diperingkat awal siasatan mereka," katanya.

Pada November tahun lalu, Richard dilantik sebagai Canselor Universiti Teeside yang baharu dan akan memulakan tugasnya awal tahun ini.

Namun dalam satu kenyataan yang dikeluarkan awal pagi Isnin, Universiti tersebut memberitahu Richard memutuskan untuk tidak mengisi jawatan tersebut.

Tags / Kata Kunci: Doug Richard , rogol

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan