Tembak Banduan: Brazil, Belanda Kesal

Diterbitkan: Isnin, 19 Januari 2015 11:19 AM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Kegagalan dalam proses mengemukakan rayuan kepada kerajaan Indonesia untuk tidak menghukum mati warganya yang terbabit dalam kegiatan dadah mendorong Brazil dan Belanda memanggil balik duta masing-masing dari negara itu.

Pada Ahad, enam pesalah dadah, termasuk dari Vietnam, Malawi dan Nigeria ditembak mati sebagai hukuman atas kesalahan berkaitan dadah.

Seorang wanita rakyat Indonesia juga berhadapan hukuman sama.

Ia adalah pelaksanaan hukuman mati pertama di bawah pentadbiran Presiden Jokowi.

Jurucakap Presiden Dilma Roussef berkata, pemimpin Brazil itu tertekan dan berang selepas Jakarta tidak mengendahkan rayuan saat-saat akhir untuk tidak membunuh Marco Archer Cardoso Moreira yang disabitkan kesalahan menyeludup kokain pada 2004.

“Menggunakan hukuman mati ketika ia semakin ditolak komuniti antarabangsa memberi kesan serius kepada hubungan antara kedua-dua negara,” katanya.

Jurucakap itu berkata, Duta Brazil dipanggil pulang untuk proses rundingan.

Sementara itu, Menteri Luar Belanda, Bert Koenders berkata, duta mereka dipanggil balik kerana membantah pelaksanaan hukuman mati ke atas rakyat negara itu, Ang Kiem Soei.

Katanya, Amsterdam menganggap kematian enam pesalah terbabit sebagai sesuatu yang amat menyedihkan.

Koenders berkata, Belanda tetap membantah pelaksanaan hukuman mati berkenaan.

Menurutnya, Raja Willem-Alexander dan Perdana Menteri, Mark Rutte juga telah menghubungi Jokowi mengenai isu itu.

Tags / Kata Kunci: banduan , dadah , Jokowi , Brazil , Belanda , duta

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan