QZ8501: Lokasi Kokpit Pesawat Dikesan

Diterbitkan: Jumaat, 16 Januari 2015 12:57 PM

Imbasan sisi yang dipercayai bahagian kokpit pesawat dikesan dan kini usaha sedang dijalankan untuk mengesahkan penemuannya.

(Ubah saiz teks)

PANGKALAN BUN: Imbasan yang dilakukan pihak berkuasa operasi mencari dan menyelamat tragedi penerbangan AirAsia Indonesia QZ8501 mengesan bahagian kokpit pesawat itu.

Ia penemuan terkini selepas bahagian ekor, kotak hitam dan badan utama ditemui beberapa hari lalu.

Bagaimanapun, Badan SAR Nasional (Basarnas) belum dapat mengesahkan perkara itu, lapor media Indonesia.

"Pemeriksaan lanjut masil dilakukan, ketika ini masih di peringkat imbasan sisi dan ia mungkin bahagian kokpit," kata Pengarah Operasi Basarnas, SB Supriyadi di sini, Jumaat.

Supriyadi berkata, objek yang dipercayai kokpit pesawat jenis Airbus tersebut berada pada kira-kira 500 meter dari jarak penemuan badan pesawat.

"Sebahagiannya tenggelam dalam lumpur. Perlu tunggu hingga penyelam turun, ini hasil imbasan sisi dari kapal GeoSurvey," kata Supriyadi.

"Sebenarnya penemuan sudah dari dua hari yang lalu tapi belum dapat dibuktikan, kerana itu tidak diumumkan," katanya.

Tags / Kata Kunci: kokpit , QZ8501 , Basarnas

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan