Rowling Tempelak Murdoch Isu Militan Islam - Berita Dunia | mStar

Rowling Tempelak Murdoch Isu Militan Islam

Diterbitkan: Selasa, 13 Januari 2015 3:19 PM

(Ubah saiz teks)

LONDON: Selepas Rupert Murdoch membakar perasaan umat Islam dengan komen biadabnya mengenai serangan pengganas di pejabat Charlie Hebdo, penulis buku Harry Potter, J K  Rowling tampil membela melalui Twitter, Isnin.

Melalui blog mikro itu, Rowling menulis: Saya dilahirkan sebagai seorang Kristian. Jika itu menyebabkan saya bertanggungjawab terhadap Rupert Murdoch, saya akan menjauhkan diri."

Tweet itu dihantar melalui akaun Rowling, @jk_rowling.

Terdahulu, bos media antarabangsa, Murdoch menganggap keganasan adalah tanggungjawab Muslim seluruhnya.

"Mungkin kebanyakan Muslim hidup dalam damai. Tapi mereka bertanggungjawab untuk menghancurkan pejihad yang tumbuh bagaikan kanser."

Tweet itu dibuat Murdoch melalui akaun @rupertmurdoch.

Kata Rowling, adalah tidak wajar mempertanggungjawabkan seluruh umat Islam atas keganasan yang dilakukan segelintir pelampau seperti insiden di Paris minggu lalu.

“Jika begitu keadaannya, penganut Kristian juga bertanggung jawab terhadap kekerasan yang dilakukan pelampau Kristian,” katanya.

Tags / Kata Kunci: Rupert Murdoch , Charlie Hebdo , Rowling
   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan