Perancis Kerah 10,000 Anggota Keselamatan Kawal Kawasan Strategik

Diterbitkan: Isnin, 12 Januari 2015 8:03 PM

Anggota tentera turut dikerah untuk mengawal keselamatan di lokasi yang ditetapkan di seluruh Perancis.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Kerajaan Perancis telah mengerahkan lebih 10,000 anggota keselamatan - termasuk 5,000 pegawai polis - ke kawasan yang dikhuatiri menjadi sasaran pengganas termasuk sekolah-sekolah Yahudi ekoran insiden serangan awam yang telah mengorbankan 17 orang sepanjang minggu lalu.

Perkara ini disahkan oleh Menteri Pertahanan, Jean-Yves Le Drian.

Terdapat sekurang-kurangnya 717 buah sekolah Yahudi di seluruh Perancis dan kini kesemuanya akan mendapat perlindungan khas daripada pihak keselamatan selepas insiden serangan dan menahan tebusan di salah sebuah pasar raya Yahudi di sini pada Jumaat yang menyaksikan empat orang awam terbunuh.

Pengumuman yang dibuat oleh Jean-Yves Le Drian itu muncul selepas Perdana Menteri Perancsi, Manuel Valls mendedahkan yang maklumat risikan mendapati bahawa penyerang pasar raya itu, Amedy Coulibaly, menerima bantuan daripada seseorang sebelum melancarkan serangan.

Valls menegaskan yang pencarian ke atas mereka yang bersubahat itu sangat kritikal dan penting kerana ia boleh menghalang satu lagi serangan ke atas tempat awam.

Coulibaly berjaya ditumpaskan selepas pasukan keselamatan menyerbu pasar raya berkenaan.

Insiden di pasar raya tersebut berlaku selang dua hari selepas dua bersaudara, Saïd dan Chérif Kouachi, menembak mati 12 orang termasuk dua orang anggota polis selepas mereka menyerbu dan menyerang pejabat sebuah syarikat penerbitan majalah mingguan, Charlie Hebdo.

Sementara itu, Menteri Luar Turki, Mevlüt Çavuşoğlu mengesahkan yang isteri Coulibaly, Hayat Boumeddienne, telah pun menyeberang sempadan negara itu ke Syria pada Khamis.

Bercakap kepada agensi berita Anadolu, beliau berkata yang Boumeddienne tiba di Turki menerusi Madrid pada 2 Januari dan menetap di sebuah hotel di Istanbul.

Katanya lagi, pihak berkuasa Turki mendapati yang wanita itu telah berjaya menyeberangi ke Syria pada Khamis, iaitu hari di mana Coulibaly menembak mati seorang polis wanita, Clarissa Jean-Philippe, yang berusia 27 tahun sebelum menyerbu masuk ke sebuah pasar raya Yahudi dan menahan tebusan di situ pada keesokan harinya.

Ekoran dua kejadian serangan itu, Presiden Perancis, François Hollande telah mempengerusikan mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan Negara pada awal pagi Isnin.

Coulibaly membuat pendedahan terbuka dalam satu rakaman video yang dia bersubahat dan berpakat dengan Saïd dan Chérif Kouachi untuk melancarkan serangan ke atas beberapa kawasan dan tempat di Perancis.

Pada Ahad, ibu negara Perancis ini menyaksikan lebih 1.5 juta orang telah berarak di jalan raya iaitu yang terbesar sejak Perancis dibebaskan dari cengkaman Nazi pada Ogos 1944. Dianggarkan keseluruhannya 3.7 juta orang berarak di jalan-jalan raya di seluruh negara itu pada masa yang sama.

Yang turut menyertai perarakan itu ialah Presiden Hollande, Chancellor Jerman, Angela Merkel, Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, Perdana Menteri Britain, David Cameron dan Perdana Menteri Israel, Benyamin Netanyahu.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan