QZ8501: Pasukan SAR Yakin Temui Badan Pesawat

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 1:40 PM

Ekor pesawat QZ8501 dibawa ke Pelabuhan Teluk Kumai, Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah pada Sabtu.

(Ubah saiz teks)

PANGKALAN BUN: Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) Indonesia percaya peralatan pengimbas sonar mengesan badan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dan penyelam diarahkan ke lokasi untuk meneliti penemuan itu, kata seorang pegawai kanan.

Terdahulu, pasukan SAR turut mengesan isyarat ping dipercayai datang dari kotak hitam pesawat terbabit dekat ekor pesawat yang berjaya diangkat ke atas permukaan air pada Sabtu.

Namun, tiada kotak hitam ditemui pada ekor pesawat terbabit.

Supriyadi, penyelaras operasi Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional Indonesia (Basarnas) berkata, peralatan pengimbas sonar mendedahkan objek berukuran 10 meter panjang dikesan di dasar laut.

"Mereka percaya ia adalah badan pesawat. Besar kemungkinan kotak hitam itu berada dekat dengan badan pesawat tersebut.

"Pasukan penyelam sudah dihantar untuk mengesahkan data tersebut. Operasi selaman sudah dimulakan," kata Supriyadi.

Sebanyak 48 mayat telah ditemui setakat ini di Laut Jawa dan pasukan SAR masih mengesan badan pesawat tersebut yang dipercayai mengandungi lebib banyak mayat penumpang.


Tags / Kata Kunci: QZ8501 , AirAsia Indonesia

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan