China Tahan 25 Penumpang Buka Pintu Kecemasan Sebelum Pesawat Berlepas

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 6:49 PM

(Ubah saiz teks)

BEIJING: Polis China meanahan 25 orang penumpang sebuah pesawat kerana membuka pintu kecemasan sebelum pesawat itu berlepas . Penumpang berkenaan berang selepas penerbangan tersebut ditangguhkan kerana salji, lapor media tempatan.

Penumpang pesawat berkenaan dipaksa duduk di tempat duduk mereka selama empat jam pada Sabtu selepas pesawat yang sepatutnya berlepas dari bandar Kunming ke Beijing mengalami kelewatan, lapor agensi berita Xinhua. 

Selepas mereka dibenarkan turun daripada pesawat atas faktor keselamatan, beberapa penumpamng 'membuka tiga pintu kecemasan dalam cubaan untuk menghentikan pesawat berkenaan', sekaligus menyebabkan pesawat tersebut terpaksa kembali ke terminal, kata seorang penumpang kepada Xinhua. 

Penumpang berkenaan menambahkan mereka yang berada dalam pesawat bimbang juruterbang tidak berjaya mengawal diri selepas dia 'dicaci dan dimaki' oleh penumpang pesawat berkenaan, lapor Xinhua.

Tags / Kata Kunci: pesawat , China , pintu kecemasan

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan