Insiden Charlie Hebdo Titik Permulaan Gelombang Serangan Di Eropah

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 12:56 PM

Dua lelaki bertopeng melepaskan tembakan ke arah bangunan pejabat akhbar mingguan satira Perancis, Charlie Hebdo.

(Ubah saiz teks)

BERLIN: Insiden darah di Perancis boleh menjadi titik tolak bermulanya gelombang serangan di Eropah, menurut komunikasi pemimpin kumpulan militan Negara Islam (IS) yang berjaya dipintas oleh perisik Amerika Syarikat (AS), lapor akhbar Jerman, Bild pada Ahad.

Sejurus selepas serangan di Paris, Agensi Keselamatan Kebangsaan AS berjaya memintas komunikasi yang mendedahkan pemimpin kumpulan militan itu mengumumkan untuk melancarkan serangan kedua, lapor akhbar tabloid itu yang memetik sumber agensi risikan AS.

Menurut akhbar tersebut, Paris disifatkan sebagai titik permulaan untuk beberapa siri serangan susulan di negara Eropah yang lain termasuk Rome.

Bagaimanapun, rancangan kukuh mengenai serangan itu masih belum diketahui.

Agensi risikan AS turut mendedahkan mempunyai maklumat bahawa Cherif dan Said Kouachi, adik-beradik yang melancarkan serangan di Charlie Hebdo mempunyai kenalan di Belanda.

Seramai 16 maut dalam serangan tersebut.

Pasangan adik-beradik itu dan Amedy Coulibaly berjaya ditembak mati oleh askar Perancis. - AFP



Tags / Kata Kunci: Charlie Hebdo , Paris

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan