AirAsia QZ8501: Kotak Hitam Pesawat Ditemui - Kementerian Pengangkutan Indonesia

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 9:25 PM

Anggota Agensi Mencari dan Menyelamat Nasional (Basarnas) dan kru kapal Crest Onyx menaikkan ekor pesawat Air Asia Indonesia QZ8501 di Pangkalan Bun pada Ahad.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Penyelam misi mencari dan menyelamat Indonesia pada Ahad menemui kotak hitam milik pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 membawa 162 orang yang terhempas dekat Laut Jawa, kata Kementerian Pengangkutan.

Bagaimanapun, katanya, mereka masih gagal untuk mengeluarkan kotak hitam itu kerana ia tersekat di bawah serpihan bahagian utama pesawat berkenaan.

"Penyelamat tentera laut di wilayah Jadayat berjaya menemui peralatan yang amat penting itu iaitu kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501,"kata Pegawai Kanan kementerian itu, Tonny Budiono.
Tags / Kata Kunci: kotak hitam pesawat , Air Asia , QZ8501

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan