Akhbar Australia Siar Karikatur Nabi Muhammad

Diterbitkan: Ahad, 11 Januari 2015 12:55 PM

Bill Leaks

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Beberapa hari selepas serangan di pejabat akhbar satiran, Charlie Hebdo di Paris, sebuah media cetak Australia dilaporkan menerbitkan karikatur menggambarkan Nabi Muhammad SAW sedang bertengkar dengan Nabi Isa.

Karikatur menerusi Weekend Australian itu dilukis oleh Bill Leak bertajuk 'Mari kita berdoa’ (Let us pray) yang menunjukkan Nabi Isa sedang memegang al-Quran dan memberitahu Nabi Muhammad SAW: "Saya telah beritahu kamu ini memerlukan sekuel," yang merujuk kepada Kitab Injil.

Nabi Muhammad digambar memegang sebuah akhbar bertajuk 'Dunia ketika Perang’ (World at War), kemudian membalas bahawa baginda tidak boleh kembali kepada bentuk manusia kerana akan 'disalib’.

Halaman lidah pengarang akhbar itu pula meminta negara Barat supaya tidak menunjukkan kelemahan bagi mempertahankan nilai-nilai teras  atau berundur dalam menegakkan kebebasan bersuara.

"Sama ada secara sengaja atau tidak, satu daripada aspek yang paling merosakkan dalam insiden kekejaman ini (merujuk insiden di Paris) adalah ia mengugat tamadun kita yang makin lemah dan memerlukan tindakan politik untuk dibetulkan."

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan