Charlie Hebdo: Dua Suspek Ditembak Mati

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 9:22 AM

Dua penjenayah yang membunuh 12 orang dalam insiden di pejabat akhbar Charlie Hebdo akhirnya ditembak mati dalam operasi yang dilancarkan polis Perancis pada Jumaat.

(Ubah saiz teks)

DAMMARTIN-EN-GOËLE: Polis Perancis menembak mati dua beradik yang disyaki membunuh 12 orang di pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo di Paris, Rabu lalu.

Tindakan itu diambil selepas pihak berkuasa negara itu mempertingkatkan kawalan dan mengepung kawasan di mana kedua-duanya dikesan berada sejak Khamis.

Serbuan di sebuah gudang yang terletak 35 kilometer dari Paris di mana dua penjenayah itu berlindung digerakkan di mana seorang tebusan turut diselamatkan.

Letupan kedengaran apabila komando polis yang lengkap bersenjata menyerbu bangunan syarikat percetakan di timur laut Paris itu menjelang malam Jumaat.

Seorang anggota polis maut, manakala dua cedera dalam serbuan itu.

Dalam kejadian Rabu lalu, kedua-dua suspek berkenaan menembak mati 12 orang masing-masing dua anggota polis dan 10 wartawan dan kartunis akhbar mingguan itu.

Kedua-dua bersaudara ini dikatakan terbabit dalam kegiatan militan di mana susulan insiden berdarah itu, dua lagi kejadian tembakan berlaku di negara itu.

Tags / Kata Kunci: Charlie Hebdo , Paris , militan

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan