Penjenayah Telefon Rakan, Arah Serang Balai Polis

Diterbitkan: Sabtu, 10 Januari 2015 11:56 AM

Amedy Coulibaly terbaring di kaki lima di depan pasaraya Hyper Casher selepas ditembak pasukan polis yang menyerbu bangunan itu, Jumaat.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Lelaki bersenjata yang ditembak mati polis selepas menawan tebusan di sebuah pasar raya di timur Paris menelefon rakannya dari tempat kejadian supaya melancarkan serangan di beberapa lokasi lain.

Sumber keselamatan negara itu berkata, sSuspek, Amedy Coulibaly terbunuh dalam serbuan ke atas pasar raya itu di mana empat tebusan dilaporkan terbunuh.

Tindakannya diselaraskan dengan dua lelaki bersenjata yang menembak mati 12 orang di pejabat akhbar satira, Charlie Hebdo, Rabu lalu.

Beliau meminta rakannya supaya menyerang lebih banyak sasaran, khususnya balai polis di pinggir Paris," kata sumber itu.

Teman wanitanya, Hayat Boumeddiene, 26, yang dituduh bersubahat dalam pembunuhan seorang anggota polis wanita kelmarin, masih diburu polis.

Coulibaly juga memberitahu media bahawa dia adalah seorang ahli kumpulan militan yang dipanggil untuk serangan di Perancis dan negara lain yang tidak bersetuju dengan serangan udara diketuai Amerika Syarikat ke atas militan Islam Syria (IS) di Iraq dan Syria.

Menurut sumber, Coulibaly menembak dua orang sebaik memasuki pasar raya itu di Porte de Vincennes dan membawa satu atau lebih beg mengandungi bahan letupan bersamanya tetapi tidak meledakkan bom itu.

"Dia cuba memasang jerangkap samar di pintu masuk ke kedai itu, di mana beliau dikepung oleh polis, tetapi tidak disambungkan bahan letupan itu," menurut sumber itu. 


Tags / Kata Kunci: Charlie Hebdo , Amedy Coulibaly , Yahudi

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan