Indonesia Dalam Keadaan Berjaga-Jaga Selepas Sekat Himpunan IS

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 1:31 PM

- Gambar hiasan

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis Indonesia berkata mereka telah menyekat rancangan oleh pergerakan yang didakwa penyokong kumpulan Negara Islam (IS) untuk mengadakan perhimpunan di Semarang, ibu kota Jawa Tengah, yang dijadualkan Ahad ini.

Jurucakap polis kebangsaan Komisioner Kanan Agus Rianto pada Khamis memberitahu pemberita bahawa polis telah bercakap dengan penganjur acara itu berhubung pembatalan himpunan.

"Ya, sekumpulan orang telah mempromosikan perhimpunan itu di masjid dengan menampal poster dengan gambar bendera IS, tetapi kita telah bertemu dengan mereka dan mereka telah bersetuju untuk membatalkannya," kata Agus di ibu pejabat Polis Nasional di Jakarta Selatan.

Poster tersebut yang pertama kali disiarkan di laman web Indonesia al-mustaqbal.net, menjemput orang ramai untuk menyertai ceramah bertajuk "Mereka adalah pejuang, bukan mereka yang meninggalkan Islam: Mempertahankan Khalifah yang difitnah" diletakkan di masjid Madyo Mangunkarso di Semarang pada Ahad.

Poster ini mempunyai bendera IS bersama gambar beberapa tokoh terkenal, termasuk pengasas al-Qaeda Osama bin Laden.

Poster ini menjadi viral di media sosial, mendorong Datuk Bandar Semarang Hendrar Prihadi memberi amaran kepada polis tempatan.

Walaupun polis menghalang perhimpunan itu daripada berlaku, pakar keganasan menggesa pihak berkuasa supaya terus peka terhadap acara seumpama itu yang boleh berlaku pada masa akan datang.

Pengasas  Yayasan Prasasti Perdamaian (YPP),  Noor Huda Ismail berkata polis perlu memantau rapi jawatankuasa penganjur acara di Semarang, yang turut melibatkan kumpulan ekstremis Jamaah Ansharut Tauhid, untuk sebarang aktiviti yang mencurigakan.

"Penyokong IS hadir ke acara seperti itu di masjid awam tidak akan secara terbuka menyatakan sokongan mereka (terhadap gerakan). Walau bagaimanapun, ramai aktivis Islam akhirnya menyertai IS selepas mereka menghadiri perhimpunan seperti itu, seperti Bahrumsyah, " katanya, merujuk kepada seorang pelajar kolej di Jakarta yang muncul dalam video IS Ogos lalu.

Walaupun pihak polis tidak boleh menangkap mereka yang menyertai perhimpunan itu kerana mereka tidak menyertai sesi terbuka pengambilan IS, Noor Huda berkata mereka boleh menjalankan pengawasan ke atas individu.

Agensi Antikeganasan Kebangsaan (BNPT) melaporkan bahawa lebih daripada 500 rakyat Indonesia telah menyertai perjuangan IS dalam perang saudara di Syria dan Iraq. - The Jakarta Post / ANN
Tags / Kata Kunci: IS , Agus Rianto , himpunan IS

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan