Indonesia Letupkan Kapal Malaysia

Diterbitkan: Jumaat, 9 Januari 2015 1:47 PM

Eko Hadi Sutedjo

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Polis Sumatera Utara pada hari Khamis menenggelamkan kapal yang mengibarkan bendera Malaysia yang digunakan untuk menangkap ikan secara haram di perairan Pulau Pandan, Sumatera Utara.

Disaksikan oleh Ketua Polis Sumatera Utara Inspektor General Eko Hadi Sutedjo, kapal pukat tunda telah diletupkan di luar perairan Belawan, Medan.

"Peletupan kapal itu telah mendapat kebenaran mahkamah. Ini adalah yang pertama, " kata Eko sambil berikrar untuk meneruskan tindakan tegas sebagai pencegahan kepada aktiviti nelayan haram.

"Ia adalah satu amaran bagi kapal-kapal asing yang menangkap ikan secara haram di perairan kita," katanya.

Polis menahan empat anak kapal yang yang merupakan rakyat Myanmar yang dikenal pasti sebagai CH, 24; HT, 30; M, 26; dan K, 24, pada 9 Disember.

Anak-anak kapal itu telah diserahkan ke pejabat imigresen untuk dihantar pulang.

Pihak polis juga merampas 1.5 tan ikan, bahan api dan pakaian terpakai dari kapal tersebut.

"Semua bukti yang telah dilelong dan wang diserahkan kepada negeri ini," kata Eko. - Jakarta Post / ANN
Tags / Kata Kunci: kapal pukat tunda , Eko Hadi Sutedjo

iklan

Video

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Rabu, 13 September 2017 2:00 PM

Saya Tak Jual Rupalah! - Erwin Dawson

Kolumnis

iklan

Iklan