Charlie Hebdo: Seorang Suspek Serah Diri - Sumber

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 11:37 AM

Anggota polis memeriksa suspek yang dipercayai terbabit dalam serangan ke atas akhbar mingguan Charlie Hebdo ketika ditahan dalam operasi di bandar Reims pada Khamis.

(Ubah saiz teks)

PARIS: Seorang suspek remaja lelaki berusia 18 tahun yang disyaki terbabit bersama dua beradik dalam serangan ke atas akhbar mingguan satira, Charlie Hebdo di Paris menyerah diri kepada polis, kata sumber.

"Hamyd Mourad menyerah diri kepada polis... Rabu pada jam 11:00 malam waktu tempatan (2200 GMT) selepas mendapati namanya disebarkan dalam media sosial," kata sumber.

"Dia ditahan dan sekarang dalam jagaan polis," kata seorang lagi sumber.

Terdahulu dalam satu laporan tidak rasmi, salah seorang daripada suspek yang terlibat dalam serangan ke atas pelukis karikatur akhbar mingguan satira berkenaan dilaporkan terbunuh sementara dua lagi suspek berjaya ditahan oleh pihak polis. 

NBC News, memetik dua pegawai kanan Counter-terrorism Amerika Syarikat, sebagai berkata, gerakan membanteras militan sedang dilakukan di bandar Reims, Perancis. 

Polis Perancis turut melancarkan ops memburu suspek secara besar-besaran pada lewat malam Rabu kerana terlibat dengan kes membunuh 12 orang di pejabat akhbar satira mingguan di Paris. 

Televisyen tempatan turut memaparkan beberapa penembak tepat yang berpakaian serba hitam daripada unit polis elit, di tempatkan di Jalan Reims, Champange, Perancis. 

Laporan tersebut mendakwa dua daripada suspek merupakan adik beradik sementara seorang lagi suspek merupakan remaja lelaki berusia 18 tahun. 

Polis juga telah mengeluarkan waran tangkap untuk menahan ketiga-tiga suspek bagi membantu siasatan dalam kes pembunuhan 12 individu yang menyerang Charlie Hebdo pada Rabu. 

Mereka dikenalpasti sebagai  Said Kouachi, 34, Cherif Kouachi, 32, dan Hamyd Mourad. 

Sumber polis mengatakan salah seorang daripada suspek dikenalpasti melalui kad pengenalannya yang tertinggal di kereta yang ditinggalkan oleh mereka. 

Adik beradik Kouachi berasal dari Perancis sementara Mourad pula berasal daripada bandar raya timur laut,  Reims, menurut satu laporan. 

Salah seorang daripada dua beradik itu mempunyai rekod terlibat dengan aktiviti keganasan. 

Serangan ke atas akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo, disifatkan sebagai insiden berdarah terburuk pernah berlaku di Perancis. 

Ia didakwa dilakukan kumpulan militan Islam kerana akhbar tersebut pernah membangkitkan kemarahan orang Islam apabila menerbitkan kartun menghina Nabi Muhammad SAW.
Tags / Kata Kunci: Charlie Hebdo , Hamyd Mourad

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan