Polis Buru Tiga Suspek Terlibat Serangan Ke Atas Pejabat Akhbar Satira Perancis - Berita Dunia | mStar

Polis Buru Tiga Suspek Terlibat Serangan Ke Atas Pejabat Akhbar Satira Perancis

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 8:20 AM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Polis sedang mencari dua beradik yang berasal dari  Paris dan seorang lelaki dari bandar Reims yang terletak di timur laur, Perancis. 

Ketiga-tiga warga Perancis itu dicari bagi membantu siasatan berhubung kes tembakan dan serangan ke atas sebuah akhbar satira Perancis, Charlie Hebdo pada Rabu, kata pihak polis dan sumber pihak kerajaan. 

Suspek adik beradik tersebut berusia 32 dan 34 tahun sementara seorang lagi lelaki berusia 18 tahun, kata sumber kerajaan kepada Reuters. 

Sementara itu sumber polis berkata salah seorang daripada suspek dua adik beradik berkenaan mempunyai rekod jenayah dalam isu keganasan. 

Pihak polis telah melancarkan ops memburu suspek secara besar-besaran. 

Suspek dipercayai merupakan ahli kumpulan militan Islam. Mereka berjaya melarikan diri selepas menembak mati beberapa pelukis kartunis popular di Charlie Hebdo, termasuk dua anggota polis. 

Tags / Kata Kunci: Charlie Hebdo , militan Islam , Paris , Perancis
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan