Serangan Paris: Charlie Hebdo Tetap Disiarkan Minggu Depan

Diterbitkan: Khamis, 8 Januari 2015 10:00 PM

(Ubah saiz teks)

PARIS: Akhbar satira Perancis yang kakitangannya terkorban dalam serangan pada Rabu tetap akan disiarkan mengikut jadual minggu depan, demikian menurut salah seorang kakitangannya yang terselamat.

Kolumnis akhbar itu Patrick Pelloux berkata, Charlie Hebdo akan diterbitkan seperti biasa pada Rabu depan bagi menunjukkan bahawa 'kebodohan tidak akan menang'.

Tambah beliau, kakitangan Charlie Hebdo yang terselamat akan mengadakan perbincangan mengenainya dalam masa terdekat.

"Ia amat sukar. Kami semua hadapi penderitaan, kesedihan dan ketakutan...tetapi kami akan tetap teruskannya (cetak) kerana kebodohan tidak akan menang," katanya pada Khamis.

Dalam insiden pada Rabu, 12 terbunuh termasuk lima kartunis dan dua anggota polis.


Tags / Kata Kunci: Charlie Hebdo

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan