Lelaki Guna Helah Patung Frozen Dicuri Adalah Kotak Cendawan

Diterbitkan: Rabu, 7 Januari 2015 9:01 AM

(Ubah saiz teks)

SEORANG lelaki ditahan kerana mencuri sebuah patung watak filem animasi Frozen, Elsa berharga £29.97 (RM162.43) di sebuah pasar raya dan cuba memperdayakan pegawai keselamatan bahawa barangan itu merupakan sebuah kotak berisi cendawan pada harga 90p (RM4.88).

Jonathon Johnson, 31, melakukan kejadian itu di pasar raya Asda di Hull, United Kingdom. 

Bagaimanapun, dia ditahan oleh pegawai keselamatan kerana tingkah lakunya yang mencurigakan di premis itu.

Johnson yang berasal dari Sovereign Way di Kingswood, terlepas daripada hukuman penjara ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret Hull selepas mengaku bersalah atas dakwaan penipuan dengan membuat representasi palsi, dan dua lagi kesalahan mencuri yang dilakukan secara berasingan.

Pendakwa, Andrew Vaughan berkata: "Johnson berada di pasar raya Asda dan membuatkan patung permainan Frozen yang kini amat popular di kalangan kanak-kank, dengan menggambarkannya sebagai cendawan.

"Keputusannya, Mr Johnson perlu membayar 90p untuk patung itu sedangkan harga sebenarnya adalah £29.97.

"Dia memberikan wang kertas £10 (RM54.21) dan menunggu baki sebelum beredar dari pasar raya itu.

"Bagaimanapun, dia sudah pun menimbulkan kecurigaan di kalangan pegawai keselamatan."

Apabila pegawai keselamatan itu bersemuka dengan Johnson, dia berkata: "Saya hanya mencuba nasib."

Filem Frozen mula ditayangkan pada 2013 dan menjadi salah satu filem Disney yang paling laris.

Patung bagi watak utama filem itu, Elsa, Anna dan Olaf merupakan antara hadiah Krismas paling popular tahun 2014 untuk kanak-kanak. - mirror.co.uk

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan