40 Cedera Dua Komuter Berlanggar Di Brazil

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 11:03 AM

(Ubah saiz teks)

RIO DE JANEIRO: Nahas membabitkan dua kereta api komuter yang berlanggar di sebuah stesen di Brazil mengakibatkan sekurang-kurangnya 40 penumpang cedera.

Dalam kejadian awal pagi Selasa, satu daripada komuter berkenaan merempuh gerabak komuter yang berhenti di landasan sama dari belakang.

Perkara itu disahkan Ketua Jabatan Pengangkutan Wilayah Rio, Carlos Osorio.

Nahas berlaku di bandar Mesquita, pinggir Rio Rio de Janeiro, bagaimanapun setakat ini, tiada laporan mengenai tahap kecederaan yang dialami lapor rangkaian O Globo.

Tags / Kata Kunci: komuter , Brazil , Carlos Osorio

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan