QZ8501: Keluarga Mangsa Tak Benarkan Liputan Media Pemindahan Mayat

Diterbitkan: Selasa, 6 Januari 2015 9:59 AM

Kerusi penumpang pesawat QZ8501 yang ditemui dalam operasi dibawa ke Pangkalan Bun pada Isnin.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Tragedi yang menimpa pesawat AirAsia, QZ8501 kini semakin meresahkan ahli keluarga apabila ada yang meminta pihak berkuasa untuk tidak membenarkan media membuat liputan pemindahan mayat.

Suasana sedih tidak pernah pudar sejak peristiwa pada 28 Disember lalu menyebabkan pihak berkuasa terpaksa akur dengan permintaan itu, lapor Jakarta Post.

Jurucakap Polis Jawa Timur, Awi Setiyoni berkata, pihak media tidak akan dibenarkan sebarang liputan pemindahan mayat yang dikenal pasti oleh pasukan Pengenalan Mangsa Bencana (DVI).

Ahli keluarga mangsa yang sabar menanti berita mengenai tragedi pesawat AirAsia.

Katanya, pihaknya membuat keputusan itu selepas empertimbangkan permintaan waris mangsa.

"Diharap semua pihak dapat menghormati keputusan tersebut memandangkan empat mayat sebelum ini telah mendapat liputan meluas media elektronik," katanya.

Ahad lalu, dua lagi mayat mangsa nahas pesawat iaitu Meiji Thejakusuma, 44, dan Hendra Gunawan Syawal, 23, diserahkan kepada keluarga mereka tanpa mendapat liputan media massa.

Dalam perkembangan lain, sebanyak 12 mayat telah diterbangkan ke hospital Bhayangkara untuk proses pengecaman.

Bahagian tingkap pesawat yang ditemui ketika operasi di Laut Jawa.

Menurut Awi, pihak berkuasa juga sedang mendapatkan sampel DNA daripada waris mangsa.

Sementara itu, anggota pasukan forensik, Hery Wijayatmoko memberitahu mereka terpaksa bergantung kepada data DNA kerana sukar untuk mendapatkan cap jari daripada kebanyakan mayat mangsa nahas terbabit.

Tags / Kata Kunci: AirAsia , media , pemindahan mayat , Awi Setiyoni

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan