Tiada Ancaman Pengganas Di Surabaya - Polis

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 11:53 AM

Antara mercu tanda yang terkenal di tengah bandar Surabaya.

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Disebalik amaran yang dikeluarkan Kedutaan Amerika Syarikat mengenai kemungkinan adanya ancaman keselamatan di timur Surabaya, polis republik itu pada Ahad mengesahkan tiada bukti diperoleh berkaitan kegiatan pengganas yang menyasarkan bandar ke dua terbesar Indonesia itu.

"Tiada apa yang perlu dirisaukan kerana penilaian yang dijalankan pasukan risikan dan jabatan keselamatan negara tidak menemui sebarang gerakan atau perancangan membabitkan pengganas," kata jurucakap polis nasional Inspektor Jeneral Ronny F Sompie kepada The Jakarta Post.

Sabtu lalu, Kedutaan AS di Jakarta mengeluarkan kenyataan rasmi menerusi laman webnya memaklumkan kepada penduduk Indonesia berhubung kemungkinan berlakuknya ancaman keselamatan terhadap hotel dan bank yang juga rakan sekutu dengan kuasa besar dunia di Surabaya.

"Pihak Kedutaan AS maklum adanya ancaman terhadap hotel dan bank yang mempunyai hubungan rakan kongsi dengannya. Sehubungan itu, disarankan supaya kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan dipertingkatkan," kata pejabat kedutaan itu tanpa mengulas lanjut.

Menurut Ronny, walaupun pihaknya tidak menemui sebarang bukti berhubung perkara itu, Ketua Polis Indonesia, Jeneral Sutarman tidak mahu mengambil sebarang risiko dan terus mengarahkan supaya kawalan kesemalatan dipertingkatkan.

"Sehubungan itu, polis berharap semua pihak dapat bekerjasama dengan menghubungi dan memaklumkan kami berkaitan sebarang perkembangan yang boleh mengganggu gugat kehidupan penduduk, terutama ancaman daripada pengganas," kata Ronny.

Indonesia dengan majoriti populasinya di kalangan umat Islam pernah menjadi sasaran serangan pada 2002 di Bali yang mengorbankan 202 nyawa.

Ia juga dianggap sebagai lokasi yang menyediakan sejumlah besar pejuang untuk militan Islam Syria (IS) selepas Badan Antikeganasan Kebangsaan (BNPT) melaporkan lebih 500 warga Indonesia menyokong kumpulan militan itu di Syria dan Iraq.

Bulan lalu, pihak berkuasa Malaysia menghantar pulang 12 rakyat Indonesia, kebanyakannya dari timur Jawa yang ditahan ketika dalam perjalanan untuk ke Syria bagi menyokong kegiatan IS.

Sementara itu, mengulas kenyataan Kedutaan AS itu, Datuk Bandar Surabaya, Tri Rismaharini berkata: "Tiada apa-apa berlaku dan InsyaAllah semuanya akan selamat."

Tags / Kata Kunci: Surabaya , Ronny F Sompie , pengganas

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan