Penumpang Etihad Terkandas 12 Jam Di Landasan Tanpa Makanan

Diterbitkan: Isnin, 5 Januari 2015 10:32 AM

(Ubah saiz teks)

SAN FRANCISCO: Beratus-ratus pelancong mendarat dengan selamat di San Francisco namun melahirkan rasa kecewa kerana terpaksa berada selama 28 jam di dalam pesawat termasuk 12 jam di landasan di Timur Tengah tanpa makanan atau mendapat maklumat yang tepat.

Emosi para penumpang pesawat Etihad Airways 183 dari Abu Dhabi semakin memuncak apabila penerbangan itu terlewat untuk berlepas selama setengah hari, demikian kata penumpangnya kepada media.

"Mereka secara berterusan memberitahu kami bahawa pesawat akan berlepas 15 minit dari sekarang, 20 minit dari sekarang, 30 minit dari sekarang dan akhirnya ambil masa selama 12 jam," kata penumpang Thomas Piani kepada pemberita di San Francisco.

Para penumpang berkata anak kapal itu memberitahu mereka bahawa lapangan terbang Abu Dhabi terlalu sesak dengan penerbangan lain yang turut terkandas.

Etihad, syarikat penerbangan nasional Emiriah Arab Bersatu menerusi kenyataan berkata, kabus tebal menjadi punca banyak penerbangan terpaksa ditangguhkan.

Syarikat penerbangan itu memohon maaf atas kesulitan pelancong namun berkata kelewatan adalah di luar kawalannya.

Tags / Kata Kunci: Etihad

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan