QZ8501: Penyelam Harap Dapat Hampiri Badan Pesawat

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 10:23 AM

(Ubah saiz teks)

PANGKALAN BUN: Pasukan penyelam yang ditugaskan untuk mengesan pesawat milik Air Asia Indonesia, QZ8501 di lautan Jawa pada Ahad berharap dapat menemui badan pesawat dan baki mayat mangsa.

Dalam perkembangan terbaharu, pasukan pencarian berjaya mengesan objek besar dipercayai badan pesawat di dasar lautan menerusi alatan sonar.

"Satu objek besar berukuran 18 meter panjang dan 5.4 meter lebar seperti badan pesawat telah dikesan di dasar lautan Jawa," kata Ketua Agensi Mencari Dan Menyelamat Kebangsaan, Henri Bambang Soelisto.

Bagaimanapun ombak besar dan arus yang kuat menghalang skuad penyelam daripada menghampiri objek tersebut pada Ahad.

Terdapat seramai 90 penyelam dari Indonesia dan Rusia kini sedang bersedia untuk mendapatkan badan pesawat serta mengeluarkan baki mayat yang dipercayai masih terikat di tempat duduk.

"Kami harap keadaan ombak pada Ahad akan lebih baik kerana perlu bersaing dengan masa bagi mendapatkan mayat mangsa," kata timbalan Henry iaitu Tatang Zainuddin.

Pesawat QZ8501 yang membawa 162 penumpang dari Surabaya ke Singapura dilaporkan hilang dari radar pada minggu lalu sebelum disahkan terhempas di lautan Jawa.

 



Tags / Kata Kunci: QZ8501 , AirAsia

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan