Kapal Kargo Filipina Karam, Dua Maut, 16 Hilang di Vietnam - Berita Dunia | mStar

Kapal Kargo Filipina Karam, Dua Maut, 16 Hilang di Vietnam

Diterbitkan: Ahad, 4 Januari 2015 1:17 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Dua disahkan maut manakala 16 lagi anak kapal hilang selepas sebuah kapal kargo Filipina karam di lautan Vietnam pada Ahad.

Jabatan Luar Filipina memberitahu, kapal Jupiter itu dilaporkan keluar dari pelabuhan di bandar Vung Tau pada Jumaat sebelum karam.

Bagimanapun, daripada keseluruhan pekerja warga Filipina yang terlibat dalam insiden itu, hanya seorang berjaya ditemui dalam keadaan selamat setakat ini.

Pihak berkuasa Vietnam yang mengetuai usaha menyelamat juga telah menemui dua mayat, manakala baki 16 lagi sedang dikesan.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Kedutaan Filipina di Hanoi itu turut menyebut bahawa usaha menyelamat akan diteruskan kerana kemungkinan untuk menemui mangsa yang hidup masih tinggi.

Tags / Kata Kunci: Filipina
   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan