Kem Tentera Diserang, Seorang Maut, Tiga Parah

Diterbitkan: Sabtu, 3 Januari 2015 2:59 PM

(Ubah saiz teks)

MANILA: Seorang anggota tentera maut manakala tiga lagi cedera selepas sebuah kem tentera diserang kumpulan pemberontak di Sultan Kudarat, selatan negara itu pada Sabtu.

Berikutan serangan oleh kumpulan Barisan Pembebasan Islam Bangsamoro (BIFF) pada awal pagi itu, berlaku pertempuran selama setengah jam di kem tentera yang terletak di Bandar Presiden Quirino, Sultan Kudarat.

Jurucakap tentera, Kapten Jo-ann Petinglay dalam satu kenyataan berkata, BIFF melakukan serangan itu sebagai sabotaj kepada rundingan damai yang sedang dilakukan antara kerajaan dengan kumpulan pemberontak Islam utama di negara berkenaan.

Katanya, berikutan itu, serangan turut dilakukan di sebuah kem tentera di Maguindanao.

Menurut Petinglay, kumpulan pemberontak juga mengugut untuk meneruskan serangan sabagai usaha mengagalkan usaha damai.

BIFF didakwa sebagai pecahan daripada kumpulan Barisan Pembebasan Islam Moro (MILF) yang sedang mewujudkan kawasan pemerintahan autonomi di selatan Filipina hasil pendamaian dengan kerajaan.

Tags / Kata Kunci: Filipina , Sultan Kudarat

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan