Juruterbang AirAsia Indonesia Positif Dadah Bukan Individu Terbangkan QZ8501

Diterbitkan: Jumaat, 2 Januari 2015 11:09 PM

(Ubah saiz teks)

SURABAYA: Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Indonesia, Sunu Widyatmoko berkata, seorang juruterbang syarikat penerbangan itu yang didapati positif dadah bukan merupakan individu yang menerbangkan pesawat QZ8501 terbabit nahas.

"Kita mahu memperjelaskan keadaan ini. Walaupun benar salah seorang juruterbang kita didapati positif dadah selepas gagal menjalani ujian dadah, kita mahu menjelaskan bahawa individu itu bukan juruterbang AirAsia QZ8501," lapor agensi berita Indonesia, Antara memetik Sunu sebagai berkata pada Khamis.

Sunu berkata, AirAisa akan mengadakan ujian selanjutnya dengan kerjasama Agensi Narkotik Nasional bagi menganalisis keputusan ujian ke atas juruterbang terbabit yang dikenali sebagai FI.

Juruterbang tersebut dilaporkan tifoid dan telah dimasukkan ke hospital dari 26 sehingga 29 Disember tahun lalu.

"Juruterbang itu masih memerlukan pengambilan ubat dan mengambil ubat seperti Actified yang mempunyai komposisi yang berlainan," kata Sunu.

FI menerbangkan pesawat AirAsia QZ7510 dari Jakarta ke Bali pada Khamis, didapati positf dadah apabila gagal menjalani ujian air kencing selepas mendarat di Lapangan Terbang Ngurah Rai di Denpasar.

Juruterbang itu digantung tugas untuk pemeriksaan lanjut di Insititut Kesihatan Aeronautik di Jakarta.


iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan