Dua Rakyat Malaysia Seludup Dadah Ditahan Di Singapura

Diterbitkan: Khamis, 1 Januari 2015 1:00 PM

(Ubah saiz teks)

SINGAPURA: Dua rakyat Malaysia ditahan kerana disyaki menyeludup lebih 9 kilogram dadah jenis heroin di Pusat Pemeriksaan Woodlands.

Satu kenyataan bersama oleh Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) dan Biro Narkotik Pusat (CNB) berkata penahanan mereka dibuat semasa pegawai ICA menjalankan pemeriksaan rutin ke atas kenderaan yang berdaftar di Malaysia yang dinaiki mereka pada 7.30 pagi Rabu.

Kenderaan itu dipandu seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 28 tahun.

Hasil pemeriksaan, pegawai berkenaan menemukan peket berisi serbuk berwarna coklat dipercayai heroin di bawah tempat duduk penumpang bahagian belakang.

Pegawai CNB kemudian dimaklumkan mengenai kejadian itu.

Dua puluh paket heroin, dengan anggaran berat 9,270gram yang bernilai lebih daripada S$649,000 (S$1-RM2.64) di pasaran gelap, dirampas.

Para pegawai CNB kemudian menjalankan siasatan susulan dan menahan seorang lelaki rakyat Malaysia berumur di kawasan berdekatan Woodlands Town Garden, yang dipercayai bersubahat dengan lelaki rakyat Malaysia yang berumur 28 tahun itu.

Jika sabit kesalahan, mereka berdepan hukuman mati.


Tags / Kata Kunci: Heroin , Dadah , Singapura

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan