QZ8501: Kopaska Indonesia Sedia Buat Selaman Di Lokasi Nahas

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 9:10 AM

Gelongsor kecemasan yang dijumpai sama dengan yang dimiliki pesawat AirAsia Indonesia QZ8501.

(Ubah saiz teks)

PANGKALAN BUN: Portal berita Indonesia, Kompas.com berkata, anggota Komando Pasukan Katak (Kopaska) dari Angkatan Laut (AL) negara itu meneruskan operasi mencari bangkai pesawat dan mayat penumpang pesawat AirAsia QZ8501 yang terhempas di perairan Selat Karimata pada Rabu.

"Kami akan memeriksa lokasi nahas terlebih dahulu sebelum melakukan selaman," kata Kapten Kopaska, Edi Tirtayasa.

Operasi selaman akan tertumpu di 110 batu nautika dari Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, iaitu lokasi penemuan pertama serpihan dan mayat mangsa nahas itu pada Selasa.

Menurut Edi, Kapal KRI Bung Tomo milik TNI AL akan memantau perairan itu dengan menggunakan peralatan sonar sebelum operasi selaman dilakukan.

Jelasnya, operasi pencarian dan selaman tetap sukar berikutan cuaca buruk di kawasan tersebut.

Selain itu, lokasi perairan yang berdekatan dengan kawasan hutan menyebabkan air agak keruh sehingga menjejaskan penglihatan di bawah laut. 

Beliau berkata, enam pasukan Kopaska yang masing-masing terdiri daripada tujuh hingga lapan anggota dikerahkan untuk melakukan operasi selaman.

Sehingga malam Selasa, tiga mayat dan beberapa serpihan pesawat telah dijumpai.


Tags / Kata Kunci: QZ8501 , AirAsia

iklan

Video

Khamis, 24 Ogos 2017 3:30 PM

Ebba Tak Minat Jadi Jurutera

Khamis, 24 Ogos 2017 12:38 PM

Wan Sharmila Kena 'Badi' Cinta

Khamis, 24 Ogos 2017 9:00 AM

Susunan Lagu Dari Sweden Gagal Takluk Persis

Rabu, 23 Ogos 2017 3:00 PM

Shuib Sepahtu 'Kuat' Cari Duit!

Rabu, 23 Ogos 2017 12:00 PM

Ayda Jebat Impi 'Mata' Tercalon Anugerah

Rabu, 23 Ogos 2017 9:00 AM

Keghairahan Shahrol Shiro Makan Diri?

Selasa, 22 Ogos 2017 12:00 PM

Sakan! Shiha Zikir Kini Hidup Mewah

Selasa, 22 Ogos 2017 9:00 AM

Tania Hudson Tak jangka Kembali Aktif

Isnin, 21 Ogos 2017 9:00 AM

#BiziBody: Syafiq Kyle Pentingkan Penampilan

Kolumnis

iklan

Iklan