QZ8501: Anak Perempuan Juruterbang Rindukan Bapa

Diterbitkan: Rabu, 31 Disember 2014 12:43 PM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: "Bilakah papa akan pulang, Galih sudah rindu," itulah pertanyaan yang sering diajukan oleh anak perempuan juruterbang QZ8501, Kapten Iriyanto sejak Isnin, lapor BangkaPos.com.

Arya Galih Gegana, 8, anak bongsu daripada dua beradik itu dilaporkan masih belum mengetahui mengenai nasib bapanya selepas pesawat berkenaan disahkan terhempas di lautan Jawa pada Selasa.

Bapa saudara kanak-kanak itu memberitahu, Galih merupakan anak kesayangan Iriyanto dan sering bersama juruterbang berkenaan.

"Galih belum tahu (nasib bapanya), dia masih kanak-kanak. Tetapi dia sangat rapat dengan bapanya," jelas lelaki terbabit.

Menurutnya, Galih kini berada di bawah jagaanya kerana ahli keluarga lain termasuk isteri Iriyanto iaitu Widya Sukarti Putri akan berlepas ke lokasi nahas.

Pesawat QZ8501 milik AirAsia Indonesia yang berlepas dari Surabaya dengan membawa 162 penumpang pada pagi Ahad dilaporkan hilang dari radar semasa dalam perjalanan ke Singapura.

Bagaimanapun, selepas usaha pencarian memasuki hari ketiga, skuad penyelamat berjaya mengesan serpihan pesawat serta mayat yang mula terapung di lautan Jawa, berhampiran Kalimantan.

Tags / Kata Kunci: QZ8501 , AirAsia

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan