Pesawat QZ8501: Gelongsor Kecemasan, Pintu Pesawat Ditemui

Diterbitkan: Selasa, 30 Disember 2014 2:01 PM

Antara objek keras yang ditemui terapung di atas laut semasa operasi SAR pada hari ketiga.

(Ubah saiz teks)

PANGKALUN BUN: Objek keras menyerupai gelongsor kecemasan dan pintu pesawat ditemui semasa operasi mencari dan menyelamat (SAR) pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilakukan.

Sebuah pesawat yang menyertai operasi SAR menemui serpihan tersebut kira-kira 105 batu dari Pangkalanbun.

Susulan penemuan itu, sebuah helikopter dihantar untuk meneliti objek tersebut dengan lebih dekat lagi.

"10 objek keras dan banyak serpihan kecil. Objek seperti itu tidak selalunya dilihat berada di atas permukaan laut.

"Kedudukan objek tersebut ditemui adalah kira-kira 10 kilometer dari lokasi terakhir pesawat tersebut dikesan," kata pegawai tentera udara Indonesia, Agus Dwi Putranto pada Selasa.

Beliau berkata, 10 objek tersebut terdiri daripada pintu pesawat, gelongsor kecemasan dan sebuah objek berbentuk segi empat.

Seorang jurugambar agensi berita AFP yang menyertai misi SAR turut mengesahkan ternampak serpihan bertaburan di atas laut seperti jaket keselamatan, rakit pesawat dan tiub panjang berwarna oren.

Pesawat QZ8501 itu terputus hubungan dengan menara kawalan udara Indonesia kira-kira 42 minit selepas berlepas dari Lapangan Terbang Surabaya menuju ke Singapura, awal pagi Ahad.

Pesawat tersebut membawa 155 penumpang dengan tujuh anak kapal.


Tags / Kata Kunci: QZ8501 , AirAsia Indonesia

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan