Cuaca Diramal Baik Untuk Operasi Cari QZ8501

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 5:41 PM

(Ubah saiz teks)

JAKARTA: Ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik (BMKG), Adi Eka Sakya, berkata, keadaan cuaca di Bangka Belitung di mana pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dilaporkan hilang selepas terputus hubungan, diramalkan baik pada 30 dan 31 Disember.

"30 dan 31 Disember merupakan cuaca yang baik buat pasukan mencari dan menyelamat yang berusaha menjejaki pesawat yang hilang," kata Adi pada sidang media di Jakarta pada Isnin.

Berdasarkan data BMKG, keadaan langit yang cerah pada kedua-dua hari dengan hanya hujan yang sedikit.

"Ombak diramalkan tidak setinggi lebih dari 1.5 meter pada kedua-dua hari berkenaan, menjadikan keadaan agak sesuai untuk menjalankan operasi pencarian di laut," katanya.

Beliau menambah, cuaca akan menjadi lebih teruk di kawasan Bangka Belitung pada 2 dan 3 Januari 2015, dengan ramalan hujan lebat di selat Karimata antara Bangka Belitung dan Kalimantan Barat. - Jakarta Post/AN


iklan

Kolumnis

iklan

Iklan