AirAsia: Australia Sertai Operasi SAR

Diterbitkan: Isnin, 29 Disember 2014 10:09 AM

Pesawat AP-3C Orion berlepas dari utara bandar Darwin bagi menyertai operasi mengesan pesawat QZ8501.

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Australia pada Isnin menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR) yang diketuai oleh Indonesia bagi mengesan pesawat AirAsia QZ8501 laluan Surabaya-Singapura yang hilang pada pagi Ahad.

Sebuah pesawat AP-3C Orion berlepas dari utara bandar Darwin awal pagi Isnin untuk menyertai operasi di Laut Jawa, kata Pegawai Pertahanan Australia.

Laksamana Tentera Udara Australia, Mark Binskin berkata pesawat Orion akan membantu menjejaki pesawat QZ8501 yang hilang akibat cuaca buruk semasa dalam perjalanan ke Singapura.

"Pesawat AP-3C Orion mempunyai keupayaan dalam operasi mencari dan menyelamat serta membawa radar carian dilengkapi ifra-merah dan sensor elektro0optik untuk menyokong keupayaan pemerhatian visual yang dikendalikan oleh anak kapal terlatih," katanya.

Perdana Menteri Australia, Tony Abbott memberi jaminan untuk membantu Indonesia dalam operasi mencari pesawat tersebut.

Beliau turut menghubungi Presiden Joko Widodo pada Ahad untuk menawarkan bantuan.
Tags / Kata Kunci: Australia , AirAsia , QZ8501

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan