IS Latih Budak 14 Tahun Jadi Pengebom Berani Mati

Diterbitkan: Ahad, 28 Disember 2014 8:40 AM

(Ubah saiz teks)

KUMPULAN militan Negara Islam (IS) dikesan merekrut kanak-kanak sebagai pengebom berani mati untuk melakukan serangan di kawasan awam.

Tindakan itu dikesan selepas seorang budak lelaki berusia 14 tahun menyerah diri kepada pihak keselamatan apabila badanya dipasang bom.

Usaid Barho, 14, yang dipasangkan dengan bom telah ditugaskan untuk melakukan letupan di sebuah masjid di kawasan puak syiah di Baghdad.

Generic Suicide belt

Bagaimanapun Usaid yang dilaporkan bercita-cita untuk menjadi seorang doktor bertindak memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak keselamatan.

Usaid mendedahkan, anggota IS turut mengugut untuk merogol ibunya jika dia tidak mengikut arahan mereka meletupkan masjid tersebut.

Malah militan berkenaan juga mengancam untuk menembak kepalanya jika dia gagal. 

Tags / Kata Kunci: IS , Militan , Baghdad

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan