Sesiapa Saja Boleh Jadi PM Thai

Diterbitkan: Jumaat, 26 Disember 2014 4:24 PM

Kamnoon Sidhisamarn

(Ubah saiz teks)

BANGKOK: Thailand mungkin akan dipimpin perdana menteri yang bukan terdiri daripada ahli Parlimen jika cadangan baharu perlembagaan negara itu diterima apabila dibentangkan tidak lama lagi.

Jurucakap Jawatankuasa Penggubal Perlembagaan, Kamnoon Sidhisamarn berkata, panel pengkaji bersetuju mengenai ciri-ciri seorang tokoh yang boleh dilantik sebagai perdana menteri.

“Satu daripada persetujuan yang dicapai ialah, tokoh terbabit tidak semestinya menjadi ahli Parlimen,” katanya.

Kamnoon yang juga anggota Majlis Reformasi Kebangsaan Thailand berkata, seseorang tokoh yang ingin dilantik sebagai perdana menteri akan diusulkan di Parlimen sebelum dilantik secara rasmi oleh raja.

Katanya, keputusan itu dicapai sebagai langkah mengelak kemelut politik seperti yang berlaku baru-baru ini berulang.

“Melalui seorang perdana menteri yang bukan ahli Parlimen, kami yakin Thailand dapat dibebaskan daripada kebuntuan politik yang rumit,” katanya.

Sebelum ini, Thailand menyaksikan siri perebutan kuasa antara kerajaan dan pembangkang dengan kebanyakannya mendorong kepada rampasan kuasa tentera.

Terbaru, Yingluck Shinawatra digulingkan selepas kerajaannya gagal berfungsi dengan baik ekoran tentangan diberi pembangkang diketuai  Suthep Thaugsuban.

Thailand mewajibkan seseorang perdana menteri dilantik di kalangan ahli Parlimen pada 1992 ekoran krisis semasa selepas Jeneral Suchinda Kraprayoon menyingkirkan pemimpin kerajaan sivil ketika itu, Chatichai Choonhavan.

Rampasan kuasa berkenaan membawa kepada protes jalanan besar-besaran dan berdarah, dikenali sebagai insiden Mei Hitam.

Kamnoon berkata, pihaknya bagaimanapun percaya cadangan itu akan mencetuskan polemik hangat di kalangan ahli politik tempatan.

Tags / Kata Kunci: Thai , Perdana Menteri , Parlimen , Perlembagaan

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan