Ebola: Perintah Sekatan Lima Hari Di Utara Sierra Leone

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 9:38 AM

Gambar pada September lalu menunjukkan pegawai kesihatan membawa seorang lelaki yang dipercayai dijangkiti wabak Ebola di Kenema, Sierra Leone. Foto AP

(Ubah saiz teks)

FREETOWN (Sierra Leone): Kerajaan Sierra Leone mengisytiharkan perintah sekatan selama lima hari di utara negara itu untuk meningkatkan usaha bagi membendung penularan wabak Ebola, tetapi membuat pengecualian semasa Krismas.

"Umat Islam dan Kristian tidak dibenarkan untuk berada di kawasan masjid dan gereja semasa perintah sekatan kecuali pada Hari Krismas (Khamis), kata Alie Kamara, menteri penduduk bagi Wilayah Utara," kepada AFP.

Perintah berkurung itu diumumkan pada Rabu lalu bagi mempergiatkan usaha untuk membendung penularan wabak Ebola.

"Kita berusaha untuk menyekat penularan ini."

Timbalan menteri komunikasi, Theo Nicol berkata, perintah sekatan selama lima hari itu bermaksud untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai situasi yang berlaku.

"Daerah-daerah lain akan melaksanakan perintah sekatan masing-masing sekiranya mereka melihatnya sebagai satu keperluan."

Wabak Ebola mengakibatkan lebih 7,500 orang maut, hampir kebanyakan mereka di Afrikat barat.

Sierra Leone, Liberia dan Guinea merupakan tiga negara yang dilanda teruk dengan wabak itu. 

Kamara berkata, semua kedai dan pasar akan ditutup dalam tempoh itu. 

Pengecualian diberikan kepada urusan berkaitan dengan kes Ebola.

Kamara berkata, antara tujuan perintah itu adalah bagi membolehkan pekerja kesihatan mengenal pasti pesakit.

Sieraa Leone mengisytiharkan darurat pada 31 Julai lalu selepas penularan wabak EBola dan mengadakan sekatan terhadap pergerakan orang ramai. - AFP

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Jumaat, 13 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Farisha Irish - Tak Malu

Khamis, 12 Oktober 2017 9:00 PM

Hafiz Keliru, Saya Tak 'Madukan' Suami - Joy Revfa

Khamis, 12 Oktober 2017 5:22 PM

Punyalah Menangis, Pun Tak Lepas...

Khamis, 12 Oktober 2017 2:00 PM

Xpose Band 'Geng' Jurutera

Kolumnis

iklan

Iklan