Militan IS Tawan Juruterbang Jordan - Berita Dunia | mStar

Militan IS Tawan Juruterbang Jordan

Diterbitkan: Khamis, 25 Disember 2014 7:43 AM

Gambar yang diedarkan oleh Agensi Berita Jordan menunjukkan juruterbang Jordan Leftenan Mu'ath al-Kaseasbeh yang ditawan oleh kumpulan militan IS selepas pesawat tempur tentera Jordan dilaporkan ditembak jatuh. Foto EPA

(Ubah saiz teks)

BEIRUT: Kumpulan militan Negara Islam (IS) menawan seorang juruterbang Jordan pada Rabu selepas pesawat tempurnya dari sekutu yang diketuai Amerika Syarikat (AS) terhempas ketika melakukan misi serangan terhadap puak itu di Syria.

Seorang pegawai kanan tentera Jordan berkata, juruterbang itu dijadikan tebusan oleh "organisasi pengganas IS" di utara wilayah Raqa.

Kedua-dua kumpulan militan dan aktivis yang melaporkan perkara itu kepada Badan Pemantau Hak Asasi Manusia Syria berkata, pesawat itu terkena tembakan oleh peluru berpandu anti-pesawat.

Bagaimanapun, tentera AS menafikan dakwaan itu dengan menyatakan bahawa "bukti adalah jelas bahawa ISIL (Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya) tidak menembak jatuh pesawat itu".

Pusat Perintah Tentera AS, badan yang menyelia serangan udara terhadap Iraq dan Syria tidak mengesahkan "nahas" sebagai punca insiden, dan mengesahkan bahawa militan IS telah menawan juruterbang Jordan yang hilang dan dijadikan tebusan.

Nahas itu merupakan kehilangan pesawat tempur yang pertama sejak serangan udara ke atas IS bermula di Syria pada September lalu. - AFP

   

iklan

Video

Selasa, 17 Julai 2018 6:18 PM

'Penyamun terbang' maut dalam kereta curi

Khamis, 12 Julai 2018 1:05 PM

Lempang pelajar ikut suka hati

Selasa, 10 Julai 2018 6:39 PM

Nak 'gugur jantung' tengok pakcik ini memandu

Selasa, 10 Julai 2018 3:06 PM

Pengasuh pijak, hempas anak jagaan

Isnin, 9 Julai 2018 5:30 PM

Ragam si meow & bola!

Jumaat, 6 Julai 2018 5:39 PM

Tak sanggup tengok mayat mangsa kemalangan

Jumaat, 6 Julai 2018 12:48 PM

Durian buah untuk orang kaya?

Kolumnis

iklan

Iklan