Ketua Kumpulan Militan Bunuh Warga Perancis Terbunuh

Diterbitkan: Rabu, 24 Disember 2014 11:37 AM

Mayat Abdelmalek Gouri ditemui terbunuh di kawasan operasi di Bandar Isser pada Selasa.

(Ubah saiz teks)

ALGIERS: Tentera Algeria mengesahkan pihaknya pada Selasa berjaya membunuh ketua kumpulan militan yang memenggal kepala seorang pelancong warga Perancis ketika berikrar setia kepada kumpulan Negara Islam (IS) pada September.

Mayat Abdelmalek Gouri ditemui selepas tentera melakukan operasi menghapuskan kumpulan militan yang bertanggungjawab membunuh Herve Gourdel di Bandar Isser.


Herve Gourdel

Selain itu, tiga lagi mayat ahli kumpulan militan turut ditemui di lokasi operasi.

Operasi memburu pembunuh Gourdel  dimulakan sejak tiga bulan lalu dengan seramai 3,000 anggota tentera telah dikerahkan.

Kematian Gouri disahkan selepas sebuah saluran televeisyen swasta melaporkan mengenai kematian tiga ahli kumpulan militan dalam operasi berkenaan di Bandar Isser yang terletak sejauh 60 kilometer dari sini.

Tentera pada Selasa turut mendedahkan gambar mayat Gouri yang masih berjaket hitam dan berseluar sukan.






Tags / Kata Kunci: Algeria , Is , Negara Islam

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan