Menteri Pertahanan Australia Digugurkan Dari Kabinet - Berita Dunia | mStar

Menteri Pertahanan Australia Digugurkan Dari Kabinet

Diterbitkan: Ahad, 21 Disember 2014 2:57 PM

David Johnston.

(Ubah saiz teks)

SYDNEY: Menteri Pertahanan Australia, David Johnston digugurkan dariKabinet Perdana Menteri Tony Abbott pada Ahad.

Pemecatan itu dibuat sebulan selepas beliau memalukan kerajaan dengan beberapa komen kritikal mengenai syarikat pembina kapal milik kerajaan.

Abbott turut menawarkan jawatan Menteri Keselamatan Sosial kepada Menteri Imigresen, Scott Morrison dalam rombakan Kabinet itu.

"Ini adalah kementerian untuk tugas-tugas dan keluarga serta ia adalah petanda bahawa kerajaan ini mahu ekonomi diutamakan pada tahun depan," kata Abbott merujuk kepada portfolio keselamatan sosial.

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan